Jumaat, 2010 Januari 08

BigBigFamilies, love you all..

Alhamdulillah...just come back from very long..long journey..and today harus berehat-rehat & mengikut pesanan Vin utk menepek facial mask agar muka tampak segar utk esok..

pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara yang sangat-sangat bekerjasama, sangat-sangat membantu, sangat-sangat memberi sokongan..yeah..before this, saya selalu ingat majlis di dewan sangatlah ringkas & kurang memenatkan berbanding di rumah..but, i'm totally wrong!

dari event ini, banyak yang saya belajar. yelah..sebelum ini memang tradisi sepupu sepapat kahwin di hall or hotel. as orang luar yang sekadar memberi bantuan tenaga, kita nampak seperti mudah. sekarang bila jadi tuan rumah, baru tahu & rasa sendiri..semua perkara di atas bahu kita. mula dgn perancangan rapi, penyampaian maklumat kepada saudara mara yang akan melaksanakannya, monitoring, decision making..semua lah..adalah penting..and we cannot stick to one plan..mesti ada plan A, plan B, plan C..

masa persiapan di dewan pada hari Jumaat malam Sabtu, saya sangat terharu..ramai saudara mara yang datang membantu..some of us might think that bila kita dah upah and bayar vendors, so senang..mereka yang buat..tapi majlis di dewan tidak hanya tertumpu pada kerja-kerja oleh vendors sahaja

thanks to my BigBigFamilies yang banyak membantu dari segi pengangkutan..dari sebelum mula majlis hingga selesai..yang sudi mengangkut doorgift dari depan pintu rumah sampai ke dewan..yang sudi pangku bunga pahar sepanjang perjalanan dari rumah ke hall, yang sudi rebuskan telur-telur asin, yang sudi cucuk bunga manggar, yang sudi gam kan telur asin (sebab bunga pahar i tak guna sarung netting but guna stail tampuk terung)..segala-galanya lah..selesai majlis, sehingga lewat petang pun still sudi tolong kemas dewan..kutip sampah..mop..everythings..

and i'm sure pihak pengurusan sangat-sangat berpuas hati dengan keadaan hall yang kita tinggalkan amat-amat bersih..itulah sebabnya sudah 6 majlis kahwin kita di hall itu..kita bina kepercayaan pada pihak pengurusan..sewa 2 hari..unlimited time..unlimited hours..harga below 1k..

thanks to all of you BigBigFamilies..until late nite still sudi datang rumah hantarkan barang2 dari dewan ke rumah pula..sudi angkat hadiah-hadiah berat sampai tingkat 4..almaklumlah..rumah pengantin tingkat 4..thanks atas budi bahasa yang ditunjukkan dalam melayan semua tetamu yang hadir..utk mengharapkan kami sekeluarga, agak tidak terlayan..thanks sudi jadi wakil tuan rumah layan tetamu makan..sbb tuan rumah busy layan tetamu yang baru hadir di pintu utama hall..

kalau ingin dicoretkan satu persatu penghargaan...memang terlalu banyak..apape pun, dari kami sekeluarga, jutaan terima kasih diucapkan...hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik kalian..

InsyaAllah, saya & cik Asben akan datang menziarah semua bapa & mak saudara...cuma mungkin bukan dalam masa terdekat ni sebab cik Asben bekerja diluar kawasan dan bulan hadapan bakal ditukarkan ke luar dari Semenanjung Malaysia pula..kami masih lagi menguruskan majlis akan datang & urusan-urusan lain berkaitan kerjaya masing-masing...

sesungguhnya banyak pujian diterima atas kelancaran majlis..atas keenakkan makanan..atas keindahan hiasan dewan..atas layanan mesra..atas ketepatan waktu..semua ini adalah atas kerjasama kita..BigBigFamilies..dan pastinya ada perkara-perkara yang boleh dibaiki pada masa hadapan..itu yang kita cari..agar majlis kahwin BigBigFamilies seterusnya bertambah baik..InsyaAllah..

Isnin, 2010 Januari 04

01012010

Alhamdulillah..

Sekarang...
Sila panggil saya

"Puan"

(^_^)

lepas ini...
harus bersedia mental & fizikal menempuh realiti dalam fantasi...

ApaApeJeLah : still ada 2 majlis lagi..on 9th, majlis bertandang..on 16th/17th, appreciation hi-tea di Bird Park..majlis dalam taman?..ermmm=)

Isnin, 2009 Disember 28

gelak..ketawa..senyum..

Apa yang anda fikir bila jumpa perkataan ni kat mana2 especially blog?

‘lol’ – saya tau ni shortform utk ‘laughing out loud’. ‘ketawa dgn kuat’. Tapi tah kenapa bila jumpa perkataan ni, tak rasa nak gelak pun. Tak terbayang pun penulis blog ketawa masa dia tulis entri menceritakan kat pembaca blog.

‘wakakakkakakah’ – yang ni memang kalau eja betul2 mmg ada bunyi mcm orang tengah gelak. Tah kenapa bila baca perkataan ni, otak saya berimaginasi si penulis blog ingin menggambarkan perkara itu sgt lucu sampai saya boleh bygkan mcm Nobita dalam kartun Doreamon yg gelak terguling2 kiri kanan, sambil tangan kanan letak kat perut, tangan kiri & kaki hentak2 lantai! Makin panjang perkataan ‘wakakakakakakakakakakakakakakakah’, wow! Makin lamalah tergelak terguling2 kat lantai..

‘hahaha’ – yg ini pun utk gelak.. tapi saya hanya bayangkan mcm gelak biasa2..maksudnya gelak yg ikhlas memang kelakar tapi tak over sampai guling2..juz sampai keluar air mata gembira, dah cukup!

‘hehehe’ atau ‘hihihi’– ni pun gelak..tapi saya bygkan gelak malu-malu kucing..merah-merah pipi...mcm cuba bersopan santun taknak terbahak2 sgt.. kdg2 terbayang mcm gelak yg dibuat2..tapi kalau muncul dalam entri kategori seram, saya terbayang hantu yg sedang mengilai..

‘huhuhu’ – tak tahu la the real function/ meaning of this word. Kadang2 macam bertujuan utk gelak..tapi kadang2 jugak mcm nak tunjuk nangis…yg ni kena guna firasat hati sendiri..tengok kesesuaian ayat & situasi dalam cerita/entri.

so, inilah yg ada dalam bayangan saya kalau nampak perkataan2 ni.

Ok..itu kalau express kan perasaan dalam bentuk perkataan..kalau dalam bentuk symbol? Haih..nanti la sambung..i nak g snap2 photo utk upload kat blog kahwin..bila tengok kat arkib blog kawin, 2 bulan je dah ada 28 post/entri..aktif sungguh! rajin sungguh! or sebenarnya excited sungguh?!..hehehe *bile sebut je pasal kawin, mesti gelak ni kuar.konon malu-malu kucing. oleh itu,sila bygkan pipi sy sedang merah/blushing*

ApaApeJeLah : 'letak kerja': kamu tahu berapa byk dh butterfly dalam perut ni? 

Sabtu, 2009 Disember 26

kertas a.k.a paper

orang sibuk cerita azam tahun baru, post i tak habis-habis pasal kahwin=) *sila muntah hijau utk kejemuan yang melampau* 

Dulu my cousin kahwin. Dia print 250 keping kad je. Pastu bagitau kat I, dia tak dapat bagi kad kat I sebab kad tak cukup. Lagipun sedara dekat a.k.a closed relative. Dapat or tak dapat kad, wajib datang..cousins yang lain pun hampa sebab tak dapat kad..and dia pesan, 'jemputan terhad'.

I cakap “kedekutnya! Barang kahwin semua mahal-mahal, booked hall cantik-cantik, tapi tang jemputan nak limit-limit..taknak spend lebih..” nama pun sedara dekat, berani la kan cakap macam tu sbb confirm tak kena luku kepala=)

He replied “when you getting married, you will know”

………………………………………………………………………………………………………

He asked me “berapa banyak invitation cards u print?

Me “500 but the printer bagi lebih 250”

He “how much?”

Me “oklah..just 45 cents per pieces”

He “print kat mane? Masa abang dulu kad kecik dari ni dah 80cents”

Me “supplier kat office. My barang semua murah-murah je..semua pun guna kertas..bunga kertas, doorgift kertas..semua pun buat sendiri..memang design tahun 80an..that’s why makcik-makcik dtg rumah semua suka..mcm bunga zaman dorang kawin dulu-dulu..”

He “baguslah murah-murah..yang penting, ramai jemputan utk meraikan & merestu kita. Meriah ramai-ramai. Kalau mahal-mahal, tapi terpaksa limit-limit sebab takut cost makin banyak, pun tak best”

Saya?

Diam

Teringat perbualan dulu-dulu.

ApaApeJeLah : jiran I, seorang makcik. Cakap kat ibu, dia pun tempah bunga telur kertas utk anak dia kahwin sebab tengok bunga telur kertas ibu buat, dia jadi berkenan. Tapi dia dapat tempah 60 je. Orang tu dah tak larat buat. I cakap kat ibu, memang makcik-makcik akan cakap cantik sbb itu adalah zaman mereka. Orang-orang muda, tak tahu lah..mungkin dorang rasa biasa je kot. Tapi I pun macam makcil-makcil juga..rasa cantik & suka sangat..oohh..sbb I pun lahir 80an kot =)

Isnin, 2009 Disember 21

kehendak hati & ibubapa..

sana sini orang bercakap perihal kahwin..tak kiralah samada memenuhi jemputan kahwin atau menjadi tuan rumah kepada majlis kahwin mahupun diri sendiri yang berkahwin=)

since i'm in the mood nervous-gelabah-nak-kahwin-syndrome, i pun nak jugaklah membawa topik kahwin dalam blog ni walaupun dah ada blog kahwin yg satu lagi tu.disebabkan blog kahwin tu lebih terarah kepada persiapan perkahwinan & bukannya kearah perbincangan & wadah lontaran pendapat, makanya eloklah post ini berada di blog ini..

kepada sesiapa yang pernah berkahwin atau yang sedang melalui proses persiapan perkahwinan itu sendiri, pernah tak kamu semua berada dalam situasi yang serba salah? maksudnya, wujud konflik antara kehendak kamu & kehendak ibubapa yang berbeza dgn kehendak kamu?

contohnya, ibubapa kamu mahu sesuatu yang lebih complicated, yang lebih terarah kepada mengikut adat resam & kelaziman perkahwinan sedangkan kamu inginkan sesuatu yang ringkas & mudah?toksah cakap lebih-lebih, cukup sekadar dalam hal pemilihan warna tema, ada tak wujud konflik sebegini? keluarga mahu warna putih bersih lagi suci sedangkan kamu inginkan warna hitam yang lebih moden, menawan & elegent?

dalam hal macam ni, memang kena bincang elok-elok..sebagai anak kalau boleh terangkan kenapa kita mahu ini dan tak mahu itu..mungkin mereka pun ada sebab tersendiri. masing2 perlu faham. bagi saya, dalam proses membina sebuah masjid ini, perlulah berusaha mencari keberkatan sejak dari proses awal lagi. restu ibubapa & keredhaan mereka amat penting.

wujud juga konflik dikalangan ibubapa dengan anak itu sendiri. antara kehendak anak & kemampuan ibubapa sendiri. kalau kes macam ni memanglah kesian kat ibubapa..

contohnya, ibubapa mahukan anak mereka berkahwin dirumah mereka.mungkin bagi mereka itu lebih meninggalkan nostalgia yang lebih bermakna. mungkin juga ada kaitan dalam hal kewangan.atau mungkin ibubapa juga lebih memikirkan ketiadaan tenaga kerja.

mungkin juga ibubapa tidak mahu membeza-bezakan antara anak-anak..kalau dari yang sulung sudah majlisnya di hotel, maka sampai ke bongsu lah di hotel. kalau yang sulungnya di rumah, sampai ke bongsu lah dirumah..walaupun mungkin masa si bongsu itu kewangan sudah stabil, tapi kadang-kadang ibubapa tidak mahu membeza-bezakan hak antara anak-anak..sekali lagi, jika anak sendiri mendesak-desak..maka jadilah redha dalam terpaksa..

atau ibubapa lebih seronok melihat kemeriahan jiran tetangga & saudara mara bekerjasama dalam acara rewang. mungkin mengimbau kembali nostalgia acara rewang di majlis perkahwinan mereka dulu..tetapi apakan daya bila anak merengek-rengek mahukan khidmat katering yang baginya lebih 'glamour' dgn pelayan-pelayan berseragam berbanding penanggah yang bertuala 'good morning' tersangkut dileher.

ibubapa mana yang tak sayangkan anak. kalau dah anak mendesak-desak nak, terpaksalah ibubapa terima. redha dalam keterpaksaan. sebagai orang yang lebih dulu makan garam, mereka lebih tahu apa yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin itu sendiri. jadi sebagai orang tua, mereka sekadar membimbing mana yang perlu.

saya mengingatkan diri saya juga bahwa walaupun duit kita berkepuk-kepuk dalam bank, walau kita mampu membayar apa saja yang kita inginkan bagi merealisasikan majlis kahwin sendiri, tetapi ada perkara-perkara yang tidak dapat dibeli dgn wang berjuta ringgit.

janganlah terlalu angkuh berkata "majlis ni semua duit aku sendiri..aku sendiri susah-susah simpan duit ni..aku tak susahkan duit makbapak aku..aku punya suka lah nak buat majlis grand & GAH mane sekalipun! duit ada, bayar je"..

dear, this is not about money! ini mengenai bagaimana anda menjaga hubungan anda dengan ibubapa serta saudara mara dalam membina sebuah lagi hubungan baru..

sekian..

Khamis, 2009 Disember 17

selamat tahun baru...

1 Muharram bakal menjelma..
Kawan-kawan..
jangan lupa doa akhir tahun & awal tahun hijrah ya..
mudah-mudahan mendapat rahmat & barakah dariNya yang Maha Esa..

Isnin, 2009 Disember 14

Janda RM300?

Sekarang tengah ‘hot’ dgn tajuk utama ‘mas kahwin di Selangor naik 200%’. Sengaja je guna percentage sebagai senjata psycho utk mengelabahkan lelaki-lelaki di luar sana yang ingin memperisterikan gadis atau janda dari Selangor.

Sebenarnya jika difikir-fikir, apelah sangat nak dikira peningkatan dari RM80 ke RM 300 tu? Duit hantaran yang ribu-ribu tu, tak pulak mengeluh.. ni mas kahwin yang wajib, mengeluh panjang pulak.

Duit ribu-ribu keluar utk pelamin fresh flowers, utk baju liplap2 fesyen terkini, utk hantaran penuh bunga-bunga hiasan yg lepas tu tak tahu campak mane, utk barang-barang hantaran yang branded-branded yang kalau boleh semua pun nak imported, untuk doorgift2 yang kalau boleh nak mahal2 jugak dan lain2 hal, sanggup pulak keluar duit ribu-ribu.. tak mengeluh pun..

Padahal semua itu hanyalah kehendak..mengikut adat..agama tak suruh pun..tak wajib pun..

Ada jugak suara-suara sumbang ‘janda pun sama harga anak dara. Mane boleh!’

Hello! Janda tu bukan perempuan ke? Kenapa nak menafikan hak janda?plus, kamu ingat ni jual beli barang ke? dan jangan nak bagi alasan janda dah pecah dara,so tak boleh sama dgn perempuan belum pernah berkahwin. sangat kolot, tahu?!

Cuba fikir, janda memang confirm dia tak tipu kamu yg dia dah tiada daranya lagi..tapi perempuan belum kahwin pun zaman sekarang ni, belum tentu tentu masih ada dara..masih ‘suci’. Dan belum tentu juga kamu lelaki pertama yang menyentuhnya! Sekarang, budak pakai uniform sekolah pun tak malu malu ‘merendek’ kat kawasan rumah. Sampai jiran-jiran pun naik loya. Nak tegur, jenis tak boleh terima teguran. Kita tegur untuk kebaikkan, hah..ambik ko! Berbakul2 maki hamun dibalasnye ke kita. Dendam sampai mati jadinya..~haih~~..

Jangan pandang wanita berdasarkan status janda atau anak dara. Atau pada peringkat apa pencapaian akademiknya. Atau jawatan apa yang dipegangnya.. Yang penting, keperibadiannya dalam menjaga status dipegang!

I bukan nak emo lebih-lebih sebab I nak kawin..lagi-lagi I antara pasangan yang bernikah yang menjadi ‘pembuka’ kepada nilai mas kahwin yang baru tu. Bukan! Saya hanya kesal kenapa nak mengeluh dengan nilai RM 300 ni..bukan RM 3000 ok!

Bang, kalau ‘puasa’ rokok sebulan, dah cukup bayar mas kahwin RM 300 tu..

Ala…bang..yang sibuk-sibuk nak kira janda ke tak ni..abang ni betul-betul ‘teruna’ lagi ke?

=)

Isnin, 2009 Disember 07

cuti sekolah dan kenduri kahwin - versi ulasan..

bila dah makin dekat dengan tarikh BigDay, mcm2 perasaan datang bertandang.. macam2 perkara kita risaukan..

ada ke orang nak datang...ramai ke...
cukup ke benda2 semua...
elok ke aturcara majlis...

memang banyak hal yang kita risaukan.. dan kalau boleh, memang saya nak avoid perkara2 yang boleh menyinggung perasaan or buatkan tetamu terasa hati sepanjang majlis berlangsung. memetik nasihat2 dari paksu dalam blog beliau yang bertajuk 'cuti sekolah dan kenduri kahwin', memang perkara yang disentuh seperti dah menjadi kelaziman.

contohnya, pengantin lebih melayan kawan2 dan membiarkan saudara mara bertungkus lumus menjadi penanggah..siap bagi corsage dgn note RM 5 or RM 10 yang biasanya diberi kepada saudara mara dan seperti robot yang telah diprogram, saudara mara yang mendapat corsage ini 'haruslah' membuat kerja2 yang berkaitan. jika diperhalusi, amalan sebegini seperti menjadikan saudara mara seperti 'pekerja bergaji'. seperti secara halus dan tidak langsungnya, "nah, ambik corsage ni..ada RM 5/10, tolong buat kerja ya".

waktu saya menyusun corsage yg telah siap utk BigDay nanti, memang saya sedikit 'bertekak' dgn atuk. maklumlah..orang lama..masih kuat memegang adat dan kelaziman.. atuk mempersoalkan tindakan saya yang tidak meletakkan walau 1 sen pun bersama corsage tersebut. jawapan saya, mudah.

'corsage ni sebagai tanda ini adalah saudara mara terdekat saya.yang membezakan mereka dgn tetamu2 biasa kerana saudara mara saya ini adalah tetamu istimewa. VVIP..pergilah mana2 majlis rasmi, yang dapat bunga corsage yg cantik2 dan indah2 TANPA dilekatkan DUIT, pasti adalah orang kenamaan..VVIP..dan dgn menyertakan duit bersama corsage tersebut, seperti telah men'down grade' kan si pemakai corsage'.

berkenaan doorgift yang pelbagai, saya telah nyatakan awal2 dulu..

dan tentang tempat duduk..ya! memang saya mempunyai keluarga yang besar sebab adik beradik atuk saya masih dipanjangkan umur..jadi ditambah dgn anak2 mereka,cucu2 mereka yang telah berkahwin, memang membesarkan lagi keluarga ini. jadi, mencari dewan yang besar, yang saya anggarkan cukup utk tetamu berada dalam keadaan selesa, memang menjadi keutamaan. even kami menyewa extra kerusi utk diletakkan di tepi2 dewan..jadi sesiapa yang telah siap makan, boleh beri ruang kepada tetamu lain tanpa meninggalkan majlis sebab mereka boleh lepak2 dan duduk2 dikerusi extra ini..

pernah terjadi, kira saudara mara jauhlah kawin di sebuah Lake Club di Pandan Perdana..ya! memang gah gila..dewan memang cantik belaka siap bercarpet dan berhawa dingin..tapi sayang sekali walaupun dekat dgn rumah saya, tapi saya kurang berkenan..sebab ruang didalam dewan agak kecil..walaupun tuan rumah menyediakan buffet station di perkarangan pintu masuk dewan, tetapi masih ramai tetamu tertunggu2 kerusi kosong..akhirnya, ramai yang melepak2 di anjung/luar dewan..nasib baiklah saya tak pernah ada pengalaman lagi 'dihalau' walau secara sopan..kalau tak, saya pun jadi macam paksu, angkat kaki & blah terus!=)

lebih menyukarkan bila bilangan kenderaan yang dibenarkan parking diperkarangan dewan amat terhad..pak guard siap marah2 suruh parking luar..terpaksalah kami parking ditepi2 jalan..

hari2 saya berdoa agar dipermudahkan segala urusan..agar majlis saya berjalan lancar..memang pasti ada cacat cela...mana mungkin kita ini sempurna..tapi sekurang2nya cacat cela yang ada dapat diminimakan dgn perancangan rapi.

suara2 sumbang pasti kedengaran..bayangkan, majlis belum bermula, suara2 sinis sudah mula kedengaran..ya!dewan saya tak berhawa dingin...kalau panas, jgn lupa 'disana' nanti sejengkal ja mataharinya...ya! dewan saya hanyalah sebuah dewan institut..so?

ini hanyalah pendapat dan pandangan saja berdasarkan pengalaman dan pengamatan..tidak ditujukan utk mana2 pihak..maaf, andai ada yang tersinggung..kamu tahu tak, saya sangat berdebar2..saya sangat risau..kamu tolong doakan saya ya..terima kasih..

Sabtu, 2009 Disember 05

petua hilangkan jerawat

Isk! Jerawat lagi! Tolonglah cik jerawat oi…bagi chance la muka saya ni licin berseri-seri at least until 10 Januari tahun depan..kamu ni selfish betul lah..

Kamu ingat saya nak pergi beli ‘air ajaib’ SKII tu ke?kan Mama dah cakap, bazir duit je..or kamu ingat saya nak buat investment kat Guardian untuk cukupkan 40 sticker stem tu ker?..pergi beli facial form la..Milk cleanser la.. scrub la.. moisturizer la..face mask la..kalau saya beli pun, kamu pun tau kan bertapa ‘rajinnye’ saya nak tepek2 bende2 alah tu..

Sebenarnya saya tak kisah dgn ‘kehadiran’ kamu tak diundang ni..just saya sakit hati setiap kali berwuduk, nak lalu kan air dalam hidung, nak cuci muka, mesti terlanggar kamu..sakit tahu! Kalau kamu datang bertandang time bendera merah, saya tak marah sangat..

Hah..degil sangat, tunggu nak tidur nanti, siapla kamu kene tepek dengan ubat gigi! Hahaha..kalau tak mo gak, saya ambik serbuk kayu manis tambah air sikit, tepek kat kamu..bagi ‘meletop’ cepat! Khaw..khaw sikit..


Rabu, 2009 Disember 02

short note!

check balik blog ni lepas buat beberapa amendment. remove widget2 yang rasanya telah mengganggu 'kehadiran' blog ini di link blog2 lain..alhamdulillah..DON'T WORRY sudah pulih =)

baru perasan, my previous post should be in the other blog,IDEA KAHWIN SAYA so, my dearest readers *wah! readerS! budget mcm ramai la kan*, sesiapa yang dah sempat baca, ok. sesiapa yg belum sempat baca, don't worry..just read it in the other blog. tapi blog tu under 'private mode'. after February 2010 baru saya open to public..

oh ya!..semalam blog kawin '4weddingku' ada buat competition..takde rezeki nak cuba nasib lagi sebab blog kawin saya in private mode, macam mane orang nak evaluate kan?maybe next time boleh cuba nasib..